PM HARGAI KENYATAAN NIK AZIZ


BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos -
Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.
"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.

Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.

Perdana Menteri berkata, "Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN

TA : Heh... demo baru tahu ko peranga pemimpin UMNO khususnyo Presiden dio yang demo duk kutuk selamo keni, inilah pemimpin Islam yang sejati buke pemimpin isle yang pegi jahaneken oreng lain. Air mukonyo jerenih , comel, pandai hormat ke oreng bukan baru ni lamo doh... demo buat tak nampak kerana demo dok kawe dengan orang perut busuk sampai demo pun jadi gitu. boo.. lah tu buat comel lah kita samo Islam ken.

PENDEMON DIDAKWA.

SEBAHAGIAN tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis selepas didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram mansuhkan ISA di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

SERAMAI 29 orang termasuk lima wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz, manakala kesemua tertuduh diwakili barisan 14 orang peguam yang diketuai Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat yang mendengar kes itu membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang.

Sumber : UM - 3.8.2009

TA : BERDASAR PADA GAMBAR SEBELAH YANG KENA DAKWA ITU HANYALAH ANAK CUCU DALANG, HAIRAN JUGAK KITA MANA PERGI DALANG-DALANG DAN BAPAK DALANG, DAH LARI KE ..... KITA HARAP PIHAK BERKUASA CARI DALANG-DALANG DAN BAPAK DALANG SEHINGGA KE LUBANG CACING DAN DAKWA MEREKA KERANA MEREKALAH PENGHASUT DAN PEMBAKAR SEMANGAT. LEPAS INI KITA INGIN LIHAT GAMBAR BARISAN TOK DALANG-TOK DALANG DAN DIIKUTI DENGAN BAPAK DALANG.

PELIWAT KEAMANAN DAN KETENTERAMAN SEDIKIT PUN RASA TIDAK MALU DENGAN PERBUATAN MEREKA SEHINGGA MENCETUSKAN SITUASI YANG KELAM-KABUT, MENDATANGKAN KERUGIAN PENIAGA-PENIAGA DAN KEROSAKAN HARTA-BENDA.

PESERTA DEMO DIUPAH ?

PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga. ''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing. Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my


TA: Kah... kah ..... pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Amalan parti pembangkang membeli orang atau undi sudah menjadi perkara lazim tetapi saksi tidak mahu membantumungkin takut terkena sumpahan, maklumlah orang disebelah tu ramai orang Ah Lim dan Worrak.

AMK DALANG MENYUSAHKAN RAKYAT

SHAH ALAM – Keadaan huru–hara pada Perhimpunan Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar Kuala Lumpur, Sabtu lalu berpunca daripada tindakan pihak polis untuk mematahkan tuntutan rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, keadaan menjadi kecoh akibat sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu melunaskan hak rakyat untuk berhimpun secara aman menyampaikan suara mereka. “Adakah dengan rakyat berkumpul beramai-ramai, melaungkan meminta mansuh ISA, membentangkan kain rentang dikatakan ganas dan berbahaya? Tindakan ganas sebenarnya berpunca daripada pihak polis. “Ribuan rakyat yang berhimpun terutamanya anak muda menjadi saksi mata bagaimana pihak polis atas arahan BN telah menjadikan Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu medan rakyat dibelasah dan dinafikan hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. AMK turut mengutuk keras laporan dan pandangan pimpinan BN yang melabelkan perhimpunan anti-ISA yang dihadiri lebih 20,000 rakyat sebagai perhimpunan ganas. “Bagi kami pandangan tersebut hanyalah untuk menutup tuntutan rakyat agar akta drakonian seperti ISA yang menghalalkan mangsa ditahan tanpa perbicaraan dihapuskan. “Kesesakan lalu lintas sememangnya diciptakan oleh pihak kerajaan BN melalui sekatan sejak 31 Julai lagi di beberapa pintu masuk Kuala Lumpur,” katanya. Beliau berkata, peniaga di sekitar Kuala Lumpur pula terpaksa menutup premis perniagaan mereka apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. AMK turut menyangkal dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussien yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebagai dalang dan mempolitikkan penganjuran perhimpunan tersebut. “Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami perasaan rakyat, kami turut menyokong tindakan menggesa mansuh akta ISA tersebut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian (4.8.09)

TA: MEMANGLAH ASALNYA BUDAK AMK NI BAIK-BAIK BELAKA TETAPI DAH DI TUBA TIAP-TIAP HARI DIA JADI PENING LEPAS TU MABUK TAK TENTU HALA MACAM BAPAK DALANG JUGA. DAH ORANG KATA JANGAN BUAT, ISA AKAN DI BINCANG SEMULA DI PARLIMEN UNTUK PENAMBAHBAIKAN DEMI UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT JELATA. YANG TAKUT SANGAT DENGAN ISA PASAL APA?. APA KAH AMK SUDAH ADA NIAT UNTUK MENGHURU-HARAKAN NEGARA ATAU NAK RAMPAS KUASA SECARA KEKERASAN. TAK PAYAHLAH .... KENA AIR PANCUT SIKIT DAH LARI LINTANG-PUKANG.

TUDUHAN LIAR ANWAR

BANDARAYA MELAKA - Tuduhan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa polis menjadi 'kuda tunggangan' UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menyuraikan perhimpunan Gerakan mansuhkan ISA (GMI) dianggap tidak berasas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sesiapa pun tidak boleh menghalang tugas polis menjaga keselamatan dan keamanan negara. Menurutnya, Anwar sepatutnya tahu dan faham mengenai undang-undang negara kerana beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini. “Kita mesti matang dalam berpolitik, jangan menghalang polis, pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tanggungjawab mereka. Undang-undang ini wujud pun sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang, jadi dia tidak menghormati undang-undang. “Hendak desak kerajaan hapus ISA nak buat apa? Pergilah buat ucapan pada rakyat, pergilah buat begitu sebab dia tahu dia bukan kerajaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Insolvensi Malaysia di Tanjung Kling, semalam.

Sumber : Sinar Harian (4.8.09)

TA : MEMANG TELAH DIJANGKA BAHAWA ANWAR AKAN MENYALAHKAN POLIS DALAM USAHA MENYURAIKAN HIMPUNAN DAN DEMONSTRASI HARAM TAJAAN BELIAU. JENIS YAHUDI MEMANG JAHAT SAMPAI KHIAMAT, DIA TIDAK BOLEH LIHAT MANUSIA DI PLESTIN HIDUP AMAN AKAN MEREKA HUJANI DENGAN PELURU, BEGITULAH DI MALAYSIA INI SELAGI ADA BAKA YAHUDI DUA TIGA EKOR, MALAYSIA TAK AKAN AMAN.

KERAJAAN BUAT APA SAHAJA KEBAIKAN UNTUK RAKYAT TETAP DINAFIKAN, OLEH ITU 'PERGI JAHANAMLAH' PINJAM KATA-KATA TOK GURU NIK AZIZ.

KAWANAN ANJING GILA

Salam Sejahtera;

Mengimbau kembali, ketika Anis berusia belasan tahun di era baru mencapai kemerdekaan suasana kehidupan masyarakat dalam kampung Anis aman damai. Ibubapa dan orang dewasa yang lain keluar mencari rezeki, kami kesekolah, sebelah petang kami bermain-main dan malam ke kelas Al-Quran. Suasana dalam kampung cukup aman walaupun tidak banyak pembangunan. Walaupun padang permainan tidak ada tetapi Anis dan rakan-rakan boleh bermain, walaupun tidak ada dewan orangramai, tetapi ayah dan rakan-rakannya boleh berbincang disurau. Hari cuti, ibu dan ramai rakan-rakan kepinggir sungai membasuh pakaian sambil bincang masa depan. Suasana menyambut malam tujuh likur dan hari raya begitu mengembirakan kami.

Dalam suasana yang aman itu bertukar menjadi kecoh apakala ada kes berlaku seekor anak lembu mati dengan darah berlumuran dan ada kesan anak lembu itu diseret. Rupanya bukan anak lembu sahaja menjadi mangsa, ada lagi empat ekor anak kambing mati dengan perutnya terburai, tubuhnya hancur bekas gigitan yang tajam. Kehilangan binatang ternakan seperti ayam, itek, angsa dan anak kerbau yang baru lahir menjadi-jadi. Orang kampung mengesaki ini adalah perbuatan 'rimau jadian' sebab dulunya ada cerita orang lama kononnya ada orang bertukar menjadi rimau waktu malam dan sianghari pulih jadi manusia. Ada juga yang mengesyaki ular besar dan macam-macam andaian oleh orang. Keadaan dalam kampung menjadi cemas apakala ada anak-anak yang balik dari sekolah dikejar oleh suatu lembaga dari dalam semak tapi dapat menyelamatkan diri apakala lembaga itu dibaling dengan kayu.

Dengan peristiwa itu orang kampung sudah mula takut keluar malam, kedai-kedai ditutup awal, penoreh dah takut nak pergi menoreh, yang biasa memancing dah tak berani ke sungai lagi, yang berkebun pula dibiarkan kebunnya tak diurus. Ramai tak pergi kerja harian kerana mengantuk dan ada yang mengiringi anak-anak kesekolah kerana bimbang keselamatannya. Pendek kata keselamatan, ekonomi dan keharmonian orang kampung terjejas teruk.

Kampung seolah berada dalam suasana darurat, waktu malam ayah dan rakan-rakan sebaya dengannya membuat rondaan dan kawalan kampung secara bergilir-gilir hanya bersejatakan parang, lembing dan sebagainya tetapi tiada orang kampung yang memiliki senapang pada ketika itu. Bukan sahaja waktu malam berkawal tetapi pemerhatian juga dibuat pada waktu siang hari. Hari demi hari mengalami kebuntuan mencari punca kejadian tersebut.

Pada suatu hari, sekumpulan lembu lari bertempiaran kerana dikejar oleh sekumpulan anjing bagaikan menggila dibuatnya. Tuan punya lembu mengerah dan meminta tolong orang kampung menyelamatkan lembu-lembu daripada kumpulan anjing itu, pada petang itu terselamatlah lembu itu. Keesokan berlaku dengan lebih dasyat lagi sehingga membawa kematian dua ekor anak lembu. Tok Penghulu memaklumkan peristiwa tersebut kepada Pagawai Haiwan (Veterina) dan penyiasatan dibuat, rupa-rupanya kematian ternakan piliharaan selama ini adalah angkara "Kawanan Anjing Gila" .

Pegawai Haiwan memaklumkan bahawa gerakan anjing gila tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit gila itu tiada ubat, jika dibiarkan risikonya amat bahaya kerana ianya melibatkan keselamatan penduduk termasuk anak-anak, binatang ternakan menjadi mangsa dan masalah-masalah lain yang akan menyusur kemudian. Kata Pegawai Haiwan lagi, kawanan anjing gila itu hanya dari kampung ini sahaja dan jika ada kawanan anjing gila di kampung sebelah dan joint, maka ianya akan menjadi lebih besar. Oleh itu tindakan perlu dibuat segera.

Persepakatan orang kampung dan pejabat haiwan dicapai. Oleh kerana pada ketika itu ubat tidak ada untuk anjing gila boleh sembuh, maka tiada pilihan lain keculai tembak hingga mati.

Penghulu memberihatu penduduk kampung supaya berkurung dalam rumah masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan untuk gerakan memburu dan membunuh anjing-anjing gila yang bermaharajalela dalam kampung. Anis melihat menerusi lubang dinding rumah anis seekor anjing ditembak dan diseret ke lubang yang telah disediakan oleh petugas pejabat haiwan untuk dikabus bangkai tersebut. Satu das demi satu das senapang berbunyi...

Selepas itu keadaan kampung kembali tenang dan orang dapat menjalankan tugas harian mereka dengan mencari nafkah, anak-anak ke sekolah dengan tenang dan bermain dengan riang gembira. Pendekata kampung kembali aman dan sejahtera. Alhamdulillah kampung kami sudah merdeka daripada ancaman tersebut.

Kerajaan PKR Memang Suka Benda Haram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.
Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.
‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700. Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram,”


Sumber: Utusan Malaysia

TA : Kita orang tidak hairanlah ... aktiviti judi, pusat-pusat hiburan dan SPA beroperasi secara haram dihalalkan oleh kerajaan PKR Selangor, dan sebelum ini buka ladang babi ..... kumpulan genster dan macam-macam yang haram .... main belakang ..... memang dia suka benda-benda haram, nak buat macammana, rakyat Selangor janganlah bersubahat.

ISA PERLU DINEGARA PENDUDUKNYA BERBILANG KAUM

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) amat diperlukan bagi sesebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti di Malaysia. Rakyat memerlukan perlindungan daripada kerajaan akibat daripada prilaku individu tertentu yang sengaja mencetuskan pergaduhan yang dikaitankan dengan isu sensitif seperti isu perkauman, agama, keturunan, keselamatan dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut kadang-kala tidak boleh dibincang dikhalayak atau di mahkamah kerana dibimbangi ianya lebih parah dan boleh mengakibatkan perang saudara atau sebagainya. Oleh itu ISA masih relevan di Malaysia. Jika ada pihak yang tidak senang dengan ISA, sebenarnya mereka ada niat untuk membangkitkan sesuatu untuk menyakitkan hati pihak yang lain secara sengaja.

Perhimpunan gerakan memansuhkan ISA yang akan ditaja oleh pemimpin pembangkang tanpa permit itu jelas mencabar undang-undang dan kedaulatan negara. Pengerusi GMI mendakwa kononnya rakyat Malaysia berhak berhimpun seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu permit polis tidak perlu. Katanya, selagi ada ISA, rakyat Malaysia masih belum selamat dan berpotensi untuk ditahan atas alasan yang tidak munasabah. Dakwaan itu jelas tidak benar, orang kampung pun tahu, yang maki hamun pemimpin kerajaan terus menerus masih bebas, yang menghasut rakyat kononnya Malaysia bukan golongan itu yang punya dan masih lagi melaung sana-sini terus juga bebas dan bermacam-macam jenis manusia lagi yang perangai seakan dengannya. Mereka masih tidak puashati kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini masih tegak dan kukuh. Mereka akan mencipta sesuatu yang lebih agresif tetapi sudah rasa takut kepada ISA itulah sebab mereka berjuang supaya ISA dimansuhkan dan selepas itu barulah mereka bermahrajalela.

Majoriti rakyat sedar golongan yang takut kepada ISA adalah dari kalangan makluk perosak yang sentiasa berusaha untuk merosakan perpaduan, keharmonian kaum, kestabilan politik dan ekonomi. Golongan tersebut setiap hari dan ketika tiada usaha untuk membantu rakyat supaya berada dalam harmoni dan selamat sebaliknya macam anai-anai perosak harta benda lebih-lebih berhasrat untuk mengugat kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara reformasi.

Rakyat jelata yang kasih dan cintakan kepada negara tidak perlu bimbang dengan ISA kerana ISA sudah terbukti mampu untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara daripada manusia perosak. Kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan golongan tersebut demi kepentingan dan keselamatan rakyat jelata.
Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 Tegak Alam All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes