KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.
Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.
‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700. Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram,”
Sumber: Utusan Malaysia
TA : Kita orang tidak hairanlah ... aktiviti judi, pusat-pusat hiburan dan SPA beroperasi secara haram dihalalkan oleh kerajaan PKR Selangor, dan sebelum ini buka ladang babi ..... kumpulan genster dan macam-macam yang haram .... main belakang ..... memang dia suka benda-benda haram, nak buat macammana, rakyat Selangor janganlah bersubahat.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
0 comments:
Post a Comment