Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) amat diperlukan bagi sesebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti di Malaysia. Rakyat memerlukan perlindungan daripada kerajaan akibat daripada prilaku individu tertentu yang sengaja mencetuskan pergaduhan yang dikaitankan dengan isu sensitif seperti isu perkauman, agama, keturunan, keselamatan dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut kadang-kala tidak boleh dibincang dikhalayak atau di mahkamah kerana dibimbangi ianya lebih parah dan boleh mengakibatkan perang saudara atau sebagainya. Oleh itu ISA masih relevan di Malaysia. Jika ada pihak yang tidak senang dengan ISA, sebenarnya mereka ada niat untuk membangkitkan sesuatu untuk menyakitkan hati pihak yang lain secara sengaja.
Perhimpunan gerakan memansuhkan ISA yang akan ditaja oleh pemimpin pembangkang tanpa permit itu jelas mencabar undang-undang dan kedaulatan negara. Pengerusi GMI mendakwa kononnya rakyat Malaysia berhak berhimpun seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu permit polis tidak perlu. Katanya, selagi ada ISA, rakyat Malaysia masih belum selamat dan berpotensi untuk ditahan atas alasan yang tidak munasabah. Dakwaan itu jelas tidak benar, orang kampung pun tahu, yang maki hamun pemimpin kerajaan terus menerus masih bebas, yang menghasut rakyat kononnya Malaysia bukan golongan itu yang punya dan masih lagi melaung sana-sini terus juga bebas dan bermacam-macam jenis manusia lagi yang perangai seakan dengannya. Mereka masih tidak puashati kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini masih tegak dan kukuh. Mereka akan mencipta sesuatu yang lebih agresif tetapi sudah rasa takut kepada ISA itulah sebab mereka berjuang supaya ISA dimansuhkan dan selepas itu barulah mereka bermahrajalela.
Majoriti rakyat sedar golongan yang takut kepada ISA adalah dari kalangan makluk perosak yang sentiasa berusaha untuk merosakan perpaduan, keharmonian kaum, kestabilan politik dan ekonomi. Golongan tersebut setiap hari dan ketika tiada usaha untuk membantu rakyat supaya berada dalam harmoni dan selamat sebaliknya macam anai-anai perosak harta benda lebih-lebih berhasrat untuk mengugat kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara reformasi.
Rakyat jelata yang kasih dan cintakan kepada negara tidak perlu bimbang dengan ISA kerana ISA sudah terbukti mampu untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara daripada manusia perosak. Kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan golongan tersebut demi kepentingan dan keselamatan rakyat jelata.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
0 comments:
Post a Comment