PM HARGAI KENYATAAN NIK AZIZ


BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos -
Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.
"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.

Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.

Perdana Menteri berkata, "Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN

TA : Heh... demo baru tahu ko peranga pemimpin UMNO khususnyo Presiden dio yang demo duk kutuk selamo keni, inilah pemimpin Islam yang sejati buke pemimpin isle yang pegi jahaneken oreng lain. Air mukonyo jerenih , comel, pandai hormat ke oreng bukan baru ni lamo doh... demo buat tak nampak kerana demo dok kawe dengan orang perut busuk sampai demo pun jadi gitu. boo.. lah tu buat comel lah kita samo Islam ken.

0 comments:

Post a Comment

Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 Tegak Alam All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes